Awak pun sayang saya tak?

Ya, JOS datang kembali. Bagi yang tak tahu JOS tu apa sebab I ni memang berlagak artis mengharapkan semua orang tahu pasal diri I, meh click sini :D Hari tu cerita pasal sakit mata kan? YKW cewahh Anis, Kak Zaty pinjam short form ye, betul-betul lepas sembuh sakit mata sakit lain pulak menyusul. 'Betul-betul lepas' tu macam hari ni last puasa, esok hari raya, faham?

Sakit apa? Sakit hati, for real. Lepas kecewa a week sebelum sakit mata, perempuan gedok ni ikat perut berdiet sebab kecewa. Tak sentuh nasi sangat sebab takut gemuk. Frust menonggeng tertonggeng meronggeng ;'(

05/07, Monday
Nak puasa ganti tapi lupa sahur. So buat-buat macam puasa, cuma minum air je sepanjang hari. Pergi sekolah macam biasa. Lupa makan masa rehat. Lepas KH, naik tingkat 2 Staff Room jumpa Puan Norhayati minta latihan masa cuti sakit. Rushing gila terus naik tingkat 4 Blok G. Sampai Lab ICT, sesak nafas terus rasa nak termuntah. Masuk Lab ICT, sesak nafas makin teruk. Tak berdaya, rasa lemah terduduk. Pitam kejap, buka mata rasa berpinar, pengsan.

Rest lama jugak, then Cikgu Khatijah decide nak angkat bawa turun. Adhwa, Dada', Seha and Fara struggle gila angkat I yang berat gila ni turun. CAN YOU IMAGINE FOURTH FLOOR? Gila penat diorang. Sampai bawah, Cikgu Norza angkat bawa masuk Bilik Kesihatan. Then ramai KOT cikgu datang tengok.

Ambulans datang bawa pergi GH. Menangis gila-gila sebab Ain tak ikut sama ;'( Sekejap je pun kat GH, doktor GH garang. Sekejap tapi air dah masuk 2 botol. Paras gula 5.4. Then ambulans Pantai sampai, abang ambulans tu handsome teehee :D

Sampai Pantai, masuk air botol ke-3. Paras gula, 3.6 (!) Inject air gula 2 kali, sumpah sakit. Masuk wad, terus sihat haha. Paras gula naik 5.9 :D Malam weak balik. Paras gula turun 4.5. Masuk air botol ke-4.

06/07, Tuesday
Pagi tetibe sakit perut gila. Masuk air botol ke-5. Doctor suruh buat ultrasound. Everything was okay. Masuk air botol ke-6. Then buat endoscopy, pun okay jugak. Tapi paras gula turun 4.5. Doktor saya baik, dia bagi balik esok :) Terus text Kak Seha, Kak Myza, Kak Ziqa, Emy and Lynn sebab excited terlebih. Mama suruh makan nasi goreng yang Kak Mis belikan petang tadi supaya paras gula naik but it turned out sakit perut bertambah :(

07/07, Wednesday
Sakit perut, sakit kepala menyerang. Doktor suruh buat brain scan haha. Nope, I'm not crazy, saya masih waras :) Doktor tak bagi balik, tapi I degil mintak balik jugak. At last, doktor bagi balik jugak :D Yeay! Tapi ubat sangat banyak, masih belum habis sampai sekarang hehe.

Naik sekolah, terus ramai orang caring suruh makan, suruh jaga kesihatan, mengaku sangat sayangkan saya, menangis kerana saya and banyak bagi nasihat. Semua cikgu dalam bilik guru dah tahu and everyday kena ceramah jangan diet pada usia muda lah, jangan lupa makan lah and so on. It's okay, at least I know, there are some people that still love me out there :)

Bilik ni best sebab saya stay sorang jek :)

Comments

Post a Comment

say nice things :)