Too lazy to write.

Sabtu lepas kan, the day I'd be lazing around at home watching TV and eating chips happily, telah dipenuhi dengan...

yang sebenarnya malas gila kot nak datang tapi disebabkan kerinduan yang menggunung tahap Everest di Kathmandu, Nepal (ye ke? I was this close pernah nak fail Geo kah kah), kugagahkan diri ini cewahh bangun pagi-pagi syampu rambut keringkan guna hairdryer gosok baju sekolah sarung kasut sekolah putih susah tak kau baca aku tak letak tanda koma (?) haha. Tapi berbaloi bila dapat jumpa...

adik Nad, Madi yang sangat comel! Dah lah comel, putih pulak tu, erhh nak baby mcm ni bila kawen dgn Fizi nanti boleh tak? Okay, hormon gatal dah memuncak kah kah. Serious boring at first menadah telinga dengar cikgu bebel penceramah bebel aku bebel kawan bebel nasib lah konon dapat hadiah cemerlang. Part best adalah time...

makan! Okay, mmg lah makan kuih jek tapi benda tu mcm comel gila. Kau tengok tu muka aku gila tembam tapi beriya nak makan jugak tak sedar diri malam tadi sibuk ngadu kat Fizi gemuk lah badan mcm teletubbies lah tapi mentekedarah jugak. Tapi oleh sebab comel, makanya...

heh, snap lah jugak. Sukaaa! :D Sebab kuih-kuih lain yg tak dilahap oleh badan kecik aku *cover cough cough, kat belakng tu nampak blur. Kau tak nampak kau punya pasal asalkan aku happy konon mcm dah pro tangkap gambar sebegini kah kah berdekah. Alright, move on to...

this. Takde Ain sebab cikgu dia salah belikan tiket bas pergi JB instead of BP akibat dia malas nak keluar beli sendiri ha amek kau dah tak dapat jumpa kawan lama yg gojes-gojes ni bahah. Dan yang paling penting tak dapat jumpa...

Dada'! Dada' in the house yaww! Okay, nama dia Haida tapi tukar jadi Dada' sebab saya mmg suka tukar nama orang lain contohnya Adhwa jadi Nad (sebab nama penuh dia Adhwa Nadirah tapi aku sorg panggil Nad sebab aku suka =P), Ain jadi Lynn sebab nak jadikan dia lembut sebab Lin dalam bahasa Arab tu maknanya lembut, Tiera jadi T-Rex padahal badan dia lagi kecik dari aku tapi sebab aku nak jadikan dia besar aku panggil dia mcm tu konon doa bhaha, Nadia jadi Ned sebab masa tu aku tengah obsess dgn NETball tapi orang lain jadi mangsa dan nama-nama seterusnya yang tidak boleh disiarkan kerana terlalu mengaibkan kah kah. Oh ya, terpanjang pula huraian di atas padahal nak bagitahu Dada' ni dah tukar sekolah kat Pekan Baru, Muar (dah cerita kat sini dulu).

Group picture!
Aku rasa baju sekolah aku yg paling putih kot, heh =="

Tak dinafikan Indra yang paling dirindui sebab rasa awkward gila tak dengar future Head Prefect ni baca doa kat assembly tiap-tiap pagi sebab SMSJ takde daily assembly. How I really miss Seri Medan :(

Naddd! Samura, sila jaga bestf saya ni baik-baik kalau tak kita bakor je Samura tu, kita bakor! *mood Usop Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Bestnya dapat hadiah ada tulis nama sendiri so takdelah tertukar ke hape kalau dah banyak sangat tak tahu mana satu kau punya boleh keluarkan IC tengok betul ke tu nama kau.

Cemerlang sungguh hadiah tu. Boleh lah bawak balik SMSJ nanti, heh *mata ke atas, tangan ke dada.

p/s: Kau tak rasa ke entry ni mcm entry bergambar untuk tatapan budak 5 tahun? =="

Comments