IPOH GETAWAY Part 1
Ke mana dan kenapa aku menghilang, akan diceritakan di
lain entry. Bagi aku happy jap.
So… dah seminggu dah dari trip Ipoh, atau mengikut nama
group WhatsApp yang ahlinya cuma ada aku, Fazwan, Sya dan Zuhaily, IPOH
GETAWAY. Gitu. Nama nak glamor tapi explore Ipoh pun tidak kah kah kah. Camne nak
cerita eh? Kita bahagi tiga part la ye; sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum
Plan nak g Ipoh ni dah lama. Memula aku rasa macam nak
sleepover rumah Kak Syai atau Aimi yang memang residen Ipoh. Tapi masa selalu
tak mengizinkan. Pastu Sya ada la jugak ajak-ajak ayam (ehem mungkin ajak yang
lebih serius kepada Fazwan kikiki). Tapi dia punya plan tu dah mula nampak
bibit-bibit dia bila Zuhaily yang ajak sebab dia dah start degree kat RCMP. Dah
nampak la sikit ni macam boleh direalisasikan. Lagi-lagi konpom bila classmate
aku atau nama glamornya Bebijels Generation mula merancang nak g Pangkor lepas
habis exam. Diorang ni ha gigih tau cari semua benda penginapan la tah hape
lagi dan mula merekrut sape yang nak join. Eh jap tadi ko kata group WhatsApp
cuma ada empat orang pastu tetibe ada classmates kau ni kenapa pulak? Ha kau
sabar jap eh. So bila Anismas ke Sherry tah yang tanya aku nak join ke tak, aku
jawab tak. Firm gitu kau. Sebab aku tak minat pantai. Dari kecik sampai ke besor
vacation semua nak sumbat ke pantai mana tak muntah. Tapi bila aku pikir nanti
kalau semua orang balik atau pergi Pangkor lepas final, takkan aku nak
keseorangan seperti selalu? Lalu aku pun meng-WhatsApp Fazwan. Beliau kata okay
maka aku pun proceed la plan ke Sya dan Zuhaily.
Seminggu sebelum ke Ipoh, tetibe Fazwan PMS dan emo dan
tetibe nak tarik diri secara tetibe. Aku dah bad mood dah sebab kau memang
takleh nak bagitahu kau nak tarik diri bila esok aku takde exam ke?! Aku tengah
bahagia study CTES40 hafal undang-undang akta bagai dengan Boted, tetibe eh
mamat ni… Tapi pastu esok aku jumpa dia untuk birthday treat (pun cerita lain
entry gak) pastu tetibe dia dah okay. Tapi still gak pastu ada problem pasal
nak beli tiket sebab tetibe ada lagi sorang classmate kitorang nak ikut (nama
dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). Oh ya, aku, Fazwan, Sya dan Zuhaily
adalah classmate ketika di TGB. Ok sambung. Tapi dia tak dapat nak ikut sebab
ada usrah pastu Zuhaily sewa bilik je kat Ipoh tu so tak muat la kalau nak
tidur bertiga. So bye-bye classmate yang nama dirahsiakan itu.
Tugas membeli tiket pada mulanya aku menawarkan diri
untuk menyandangnya pun. Tetapi tiba-tiba Fazwan berbaik hati mahu membelikan.
Aku pun ok saja. Tiba-tiba setelah beliau men-tweet “I tend to mess things up
when it’s near to completion” beliau pun memberitahu bahawa tiket telah hilang
secara tiba-tiba. Dah lah ketika itu aku sedang berhadapan dengan kerenah
birokrasi INTEC yang tah pape lalu tidak semena-mena aku menendang semua objek
yang berdekatan sambil mengalirkan air mata secara malu-malu. Dan lebih
mempanikkan ialah bila rupanya tiket yang hilang itu cuma tiket pergi kerana
Fazwan tak beli tiket balik (aku masih lagi tak nampak rasionalnya di sini
apabila tak beli tiket pergi-balik siap-siap) dan tiket balik pada pukul 3
petang seperti yang dirancang dah sold out. SOLD OUT!!! Gila apa?!!! Dengan
bantuan Anis Nadhirah menggunakan akaun maybank2u beliau kerana aku menggunakan
internet banking BSN yang lame, ticket purchase done dan terpaksalah aku
membeli tiket pulang pada pukul 9 malam tanpa memikirkan cara pulang ke Shah
Alam nanti. Dan ada juga sedikit panik kerana instead of Ipoh-Sungai Buloh,
telah kubeli tiket Ipoh-KL Sentral dengan terburu-buru.
Fuhh. Baru cerita sebelum. Sudahlah tiada gambar pula tu
kah kah.
Semasa
Day 1
Setelah menemani Meny bersarapan dengan prospek suami
yang agak berpotensi dan membuat clearance tah pape di pejabat Kolej Cemara,
Meny pun menghantar aku ke Stesen KTM Shah Alam. Semangat ko pukul 10 cemtu dah
sampai KL Sentral padahal tiket pukul 11 pagi. Pastu sebab aku cuak aku pun
melilau cari kaunter tiket ETS dan bertanya kepada abang hensem penjaga kaunter
camne cara nak extend perjalanan dari KL Sentral ke Sungai Buloh tanpa aku
ketahui bahawa stesen Sungai Buloh dulu la hoi baru KL Sentral kau nak cuak
tetibe pehal. Oh naifnya aku. Lalu aku pun melilau lah sekali lagi untuk
mencari Subway di mana Fazwan sedang bersarapan. Lagi 10 minit cemtu kitorang
pun melilau lagi mencari train. Ya, aku dengan Fazwan je ni ha naik train g
Ipoh sesame. Silakan banjiri ruangan komen wahai abang kakak alim alimah
sekalian. (Padahal readers pun takde.)
Dengan kuasa memujuk Fazwan yang agak power, kami dapat
duduk bersebelahan sebab aku takut duduk dengan strangers. Lebih baik duduk dengan
Fazwan yang aku boleh terajang tanpa segan-silu kalau ada sexual harassment
berlaku, ye dak? Oh ya, pada hari ini aku memakai jaket jeans bersama skirt
kembang bunga-bunga yang aku beli di Zalora ketika ada sale tapi takde satu pun
gambar penuh sebab Fazwan kan dia datang Ipoh yang penuh dengan bangunan
bersejarah cemtu bukannya nak amek gambar aku sebagai pelengkap gambar beliau tau
dan ya ini semua salah Fazwan kenapa aku takde gambar hari ini.
Sampai Ipoh dalam pukul 1.30 cemtu dan perkara pertama
yang dilakukan setelah turun train oleh Fazwan ialah mengambil gambar (yang tiada
aku yang berpakaian cantik ini di dalamnya).
Zuhaily yang fetch kitorang time
ni sebab Sya ada hal. Lepas solat kat masjid dekat-dekat dengan RCMP (sorry tak
tahu nama tapi masjid tu best sebab cantik and selesa and telekung dia tak
kepam dan ada baby comel) kitorang pun chow ke Ipoh Parade sebab Zuhaily nak
ajak kitorang tengok Interstellar (yang awesome gila mashaallah sape yang
genius gila fikir cerita tu you deserve a Nobel prize). Setelah aku menggedik
tanpa logik akal tentang di mana patut kita menikmati makanan tengah hari (food
court; tak suka, sushi; nanti tak kenyang, Chicken Rice Shop; tak nak, Kenny;
tak nak, ko memang pompuan menyusahkan kan Zaty), akhirnya kami semua ke Papa
John’s buat pertama kalinya dalam hidup. Dan pastu melilau lagi di Popular dan
seluruh mall sebelum menonton Interstellar yang mindblown.
Setelah aku memalukan diri dengan memasukkan tiket
parking ke dalam slot duit sambil dipandang serong oleh manusia yang beratur
panjang di belakang, kitorang pun ke Tambun untuk menikmati Burger Banjir
dengan menaiki Mawar iaitu Kancil milik Zuhaily (sebenarnya bukan Kancil tapi
Zuhaily tah pape tah downgrade kereta sendiri padahal dah fefeeling kereta
sports dah tu). Okay sumpah sedap pastu murah pastu Zuhaily dok bercerita
tentang betapa murahnya makanan di Ipoh kalau kau pandai cari. Untuk
menyemarakkan lagi budaya berbual dan tidak anti-sosial dalam kalangan anak
muda specifically kami, aku pun men-stack henpon semorang di tengah-tengah meja
dan melindungi henpon tersebut dengan bekas kaca imaginasi. Soalan pertama
Zuhaily apabila duduk sahaja sungguh mendebarkan iaitu “Siapakah Defender?”
Alhamdulillah aku telah berjaya menukar topik tanpa disedari beliau. Seronok
benor masing-masing bercerita tentang perkembangan hidup yang tidak hanya
berkisar tentang perkembangan perut dan pipi masing-masing pada malam itu. Ada
juga sekali itu aku ketawa sehingga tersembur air di dalam mulut. Nasib baik
tak kena kat muka Zuhaily yang duduk berhadapan, buat malu gadis-gadis sahaja
perangai beta.
Dan ke UTP ke kita. Fazwan balik tidur sekatil dengan
Zuhaily di bilik sewa beliau dan aku pun mengikuti Sya ke UTP. Jauh juga ya
perjalanan dah lah tiada lampu jalan mengapa Sya, mengapa anda begitu berhati
mulia sanggup redha dengan kedatangan kami ke Ipoh ini? Dan UTP sangaaaaatlah
cantik walaupun pada waktu malam. Selesa ko ha sebab Sya takde roommate so
dapat katil sebijik ko sorang je yang punya. Selepas main bayang-bayang di
siling bilik seperti kanak-kanak berusia lima tahun, tidurlah dua orang puteri
ini (tetibe fefeeling fairytale).
Ok, penat gak rupanya tulis straight tak berenti. Sambung
di lain entry (yang banyak gambar. Ha suka tak suka tak?)
Best giler, jealous nya. Btw, goodluck nanti dekat Aussie, sorry tak dapat hantar
ReplyDeleteFarez Shahhhhh! La, next time pun boleh reunion, gather sesame cemni. Eh sokay la dah expect takde sape datang hantar pun u.u
ReplyDelete