This is so not good.

Ahad lepas keluar dengan Encik Awak. Okay, tipu. Keluar dengan Encik Awak, Bib, Emy and Mizan. Keluar sama tak bermaksud date. Ya, baru gua faham sekarang kenapa.

Ada ke patut duduk dalam panggung sebelah-sebelah, makan kat Pizza Hut depan-depan tapi sepatah haram langsung tak bertegur. Demm, dua-dua malu dan sengal tahap gaban terencat, tahu.

Baidewei, Ahad lepas mungkin hari yang paling malang dalam hidup selain date ke laut tu. First, gua and Bib kena tinggal. Tunggu bas pukul 9:45, dapat bas pukul 10:30. Hape tak ke lama tu? Sikit punya lama sampaikan diorang boleh singgah Summit dulu. Lembap ==

Then, tak dapat tengok Aku Tak Bodoh. Diorang nak tengok Ngangkung. It was okay tapi terus jadi tak okay bila Shaheizy Sam langsung tak hengsem. LANGSUNG. Membazir duit gua bayar tiket dengan tersalah order popcorn and Pepsi saiz besar, demm!

Beza gila kot, menyesal bebenau.

Manusia perut kecik ni memang cenggini, ofc lah kan Pepsi tu tak habis. Bijak pulak tu, nak solat pergi masukkan Pepsi dalam bag. Keluar surau Pepsi tumpah dalam bag. Phone masuk air, rosak. Tak dapat contact Diyana nak jumpa sama, demm lagi! ==

Dengan penuh lemah longlainya langkah gua kerana phone dan dompet berisi DUIT ye anak-anak sudah ditangkap basah di dalam bag pinjam adik punya tanpa mintak izin, makanya gua hanya mengikut tanpa bantah keputusan diorang nak makan kat Pizza Hut. Ha, amek kau! Makan 5 orang kena charge RM60. Terus takde selera nak makan T_T Okay, mungkin control ayu depan Encik Awak, tu belakang cerita :P

Yeay, jom balik rumah! Ha'ah, rumah ke mana, kau ke mana. Terlepas bas pergi bus stand 3 kali. Sampai bus stand, for sure bas balik Medan dah takde. Gua diam lagi, tapi sempat habiskan duit beli komik Kenapa Apa Sayang and Lawak Hero Boy, hee :D Dan habiskan RM5 bayar tambang teksi. Pertama kali dalam hidup balik Medan naik teksi. Sangat bersempit-sempit dalam teksi, gua duduk antara Emy and Bib. Tak, tak duduk sebelah Encik Awak. Tapi Emy kena sound dengan Encik Awak duduk sebelah gua whaha. Tapi tak best kot sebab gua sorang tak dapat sandar, sape suruh kecik sangat =='

Nasib baik balik rumah tak kena ceramah dengan Ma and Abah. Kalau tak, mungkin gua dah terjun lombong sekarang ni. Dan sedang cuba untuk tak tidur sepanjang hari, got guitar lessons with Ayien tomorrow and Ani and Haziq's performance for Konsert Permata Seni on TV1 err ke TV2? Ntah, tugas aku cuma duduk depan TV diam-diam jek esok.

p/s: Where the hell my sense of humour goes?

Comments