Bakal Mother-In-Law Terbaik Dunia.

Di suatu pagi Sabtu bertarikh 26 Februari 2011 (Birthday Diyana Abdue and Nani! ^^) yang hening... lah sangat, heh *mata ke atas, tangan ke dada haha, berdering lah phone gua menandakan ada mesej masuk, kfine tipu sebab phone bunyi beep je nama pun phone murah =P ;

Mama Fizi (MF) : Salam. Apa khabar? Sihat tak? Lama tak dengar berita.
Gua : Waalaikumussalam. Sihat, alhamdulillah. Sibuk sikit buat persiapan masuk asrama sekarang ni. Gelabah tak memasal sampai lupa tanya khabar balik whaha.
MF : Oh, dapat asrama ya. Tahniah la. Bila nak pergi? Tu hari kata jadi.
Gua : Terima kasih. Masa tu dapat Teknik JB. Tapi kali ni dapat Sains Johor. Isnin ni dah gerak sana dah. Memang a dulu dapat, nak pergi tapi dah anak makcik tak bagi, so saya tak pergi lah *monolog dalam hati tak berani luahkan.
MF : Makcik nak tanya kalau tak keberatan la, Zati dah tak kawan dengan Fizi lagi ya? Sebab selalu rajin mesej. Maaf la kalau makcik tanya.
Gua : Fizi dah takde mesej saya lagi dah. Ada lah dalam 2 minggu macam tu. Makcik tak tahu ke dia dah ada makwe baru? Kfine, makcik tak tahu T_T
MF : Kenapa? Gaduh ke? Makcik tak tahu pun, tu hari makcik ada tanya dia tapi dia diam je. Makcik bukan apa, tak sedap hati la sebab pape hal selalu makcik tanya Zati. Dia tahu tak Zati nak pindah?
Gua : Takde la. Sekejap dia cakap phone rosak, sekejap dia cakap takde kredit. Dia tahu rasanya tapi dia mcm tak kisah pun. Takpe la, dia ada sepupu yg sebaya kan? Fatin ada, Zulhelmi pun ada. Heh, gua dah pesan awal-awal kat Fatin suruh tengok-tengokkan Fizi. And saja jual nama Emy sebab Emy tak suka mak Fizi tanya pasal Fizi kat dia. Penat nak jawab tapi ada gua kisah? =P
MF : Makcik mintak maaf la kalau dia mulakan dulu. Tapi apa pun Zati jgn lupa makcik pulak. Nanti dah jauh kat asrama lupa makcik. Mak, Abah semua pindah ke?
Gua : Insya-Allah tak lupa :) Takde la, saya jek yang pindah. Mama Abah sume kat Medan. Adik saya sekelas dgn adik Fizi, Shahrin tu. Cover sedih, mana boleh saya lupa makcikkk.
MF : Ha'ah, Shahrin ada cakap. Zati tahu tak Fizi selalu dengar lagu Spring, Pesanan Buat Kekasih.

Bila makcik tanya dia tak jawab.
Zaty eh tetibe : Oh, lagu tu? Tak tahu lah saya. Mungkin dia ada masalah ke tapi malu nak bagitahu makcik. Mana lah tahu kan. Serius gelak habis sebab tak tahan Fizi boleh tahan dengar lagu mcm tu =P
MF : Mungkin jugak. Tapi apa pun makcik doakan moga Zati berjaya dalam hidup dan pelajaran. Tahniah sekali lagi. Salam.
Gua : Terima kasih ya, makcik. Makcik jangan lupa saya ya :) Salam. Aww, gua rasa geli, heh.
MF : Insya-Allah. Makcik tak lupa Zati. Nanti makcik suruh Fizi call Zati. Esok belum pergi lagi ya?
Gua : Takpe la, makcik. Sebab saya pun sibuk ni. Banyak lagi benda tak ready. Cuak, makcik ni kannn. Takyah a bagitahu Fizi haha gedikzzz.

Takyah nak buat conclusion ke assumption ke hape, aku mmg lagi sayang mak dia daripada dia sendiri. Kau ada bakal mak mertua sweet mcm ni? Non hadooo, mana nak cari. Yg buat spoil cuma Fizi jek. Takpe lah, Fizi tak boleh pakai, adik-adik bawah dia boleh jadi calon haha gatal.

Tetibe rasa berat hati nak pindah SMSJ kalau mak dia dah mcm ni. Tapi gua dah on the way dah ni. Selamat tinggal, mama Fizi yg serius tak tahu nama konon bakal menantu pigidahh.

Comments

  1. Wah, lama betul tak baca blog ni. Rindu. Bestnya dapat mak mertua to be yang baik. :)))

    ReplyDelete
  2. rindu kak ain! hee, to be lah sangat :P

    ReplyDelete
  3. MIL yg spti itu..susah dapat tau... berbaiklah segera dmi the best metua... hehehe..smg happy sllu nantinya

    ReplyDelete
  4. hee, trying to get back together, for the sake of her :)

    ReplyDelete

Post a Comment

say nice things :)