Hati

Akhirnya aku pergi
Ya, masih sendiri
Jauh-jauh aku lari
Tinggalkan sunyi sepi

Aku kejar bahagia itu
Aku mahu rasa rindu
Tapi aku tak tahu
Mana arah perlu kutuju

Aku jumpa sekeping hati
Warnanya merah berapi
Siapa punya aku mencari
Hingga kini aku menanti

Dalam tidur kubermimpi
Dirimu telah kutemui
Wahai pemilik sekeping hati
Punya cinta penuh suci.

Comments