In The 7th Heaven.

Pernah tak kau rasa macam weh bahagia gila ntah tak memasal? Okay, not a good intro bila dah sebulan tak update padahal sume readers bengang je dengan kau. Nanti eh cerita dan tebus 36575 entri atas ketidakadaan beta di blog ini. Nak cerita pasal ni dulu!

Okay, cenggini. Masa tu tgh online kat Facebook. Tukar balik default picture FB haha gedik. Then buka lah profile sendiri untuk melihat perkembangan semasa beta <-- bajet retiss feymes. Lepas tu tgk dkt list friends tu...

Dia kat atas sekali. Okay. Tak excited pun sebenarnya. Sebab dah lama tak contact. So perasaan cinta semakin pudar *muntah hijau*. Terlintas lah dalam hati nak stalk profile dia *gosok-gosok tangan buat muka evil*. Then of course, I went to his profile...

Dan arghhhh! Pengsan terus! Profile titeww pun kat top jugak! Terharu mak, nyahh! Bukankah itu jodoh? Lepas tu mcm gedik sikit konon nak wall dia lah kan, tapi sedar diri ini masih seorang perempuan Melayu yg mengekalkan ciri-ciri Timur. Maka cancel lah. Sedih tapi demi menyelamatkan maruah, beta sanggup.

Lepas tu, online lagi. Boring. Tetibe dia open chat! Pengsan lagi!

Okay, dah. Tu je cerita dia. Tapi macam tergedik pulak dah tertaip then dah terpost. Kbye.

Comments