Cuti 5 Hari - Part 2.
Assalamualaikum.
Ya, ini Part 2.
Setelah membeli tiket di pagi Jumaat yang hening itu
bersama-sama Amira yang pi balik Aloq Setaq, Farahin yang balik Pasir Gudang
Johor yo dan Hani orang Baling, pulanglah aku ke Kolej Cemara. Siap packing
semua, keluar dgn Tuti and Zati, nak uruskan pasal kerja kat klinik tu. Tapi
sayangnya, diorang nak sorang je. Selamat tinggal, alam kerja. Ceh.
Siap solat di Pusat Islam INTEC, aku jalan sorang-sorang
pergi bus stand. Aku si loner, hoho. Alahai pathetic gila hidup semua benda nak
sorang-sorang. Belajar berdikari yo hidup ni. Bas lambat gila sampai dan lambat
jugak sampai Batu Pahat. Gara-gara pilihan raya penentu masa depan negara,
katanyaaaaaaa.
Tapi yang sweetnya bila aku balik tu, Ani and Haziq cakap…
“Akak, kau takde lain la. Memang la sebelum ni kau duduk
asrama, tapi yang ni lain sangat. Semalam (Khamis la kan sebab aku balik BP
Jumaat. Sigh, padahal baru sampai Shah Alam Rabu tu. INTEC, INTEC *geleng
kepala*) bila aku balik sekolah, aku ingatkan kau ada kat rumah terbongkang
tidur mcm biasa sebab bila aku panggil nama kau, kau tak menyahut. Rupanya kau dah
balik Shah Alam.”
“Akak, semalam lepas balik hoki, aku ingatkan nak belanja
kau burger mcm hari tu. Tapi kau dah balik.”
Bila aku cerita benda ni kat Anis, my roommate, Anis tanya,
apa benda aku buat masa cuti semester tu dengan adik-adik aku sampai diorang
boleh rasa lain bila aku takde? Ofc la, on the spot aku tak boleh nak jawab.
Otakku lembab, sigh. Tapi bila ingat-ingat balik, remove skru yang dah loose
dari kepala otak, boh minyak grease sikit, baru aku sedar memang aku treat
diorang berbeza. Aku buat apa aku janji. Aku tak gaduh dengan diorang pun.
Diorang bercakap aku dengar. Aku teman diorang pergi mana-mana je. Aku belikan
apa yang diorang nak. Aku bagi opinion bila diorang perlu. Aku tak tinggi
suara. Aku layan mengada-ngada diorang mcm mana diorang layan garang aku.
No wonder bila aku balik Shah Alam, aku rasa lain. Aku macam…
rindu seseorang. Dan seseorang itu adalah family. Yang aku tak pernah pandai
nak rindu sepanjang aku berada di TGB. It’s not that aku mmg heartless ke apa,
tapi sebelum ni kan aku rapat dgn Nyai. Sungguh la Hlovate kata, sometimes
family memang mcm strangers. Tapi insya-Allah, mulai saat ini, tak lagi.
Tunggu Part 3.
p/s: Sedang bersiap ke SOGO. Sale up to 70% off yo!
Saya tak makan mentos =.=
ReplyDeleteawak tak makan, awak kunyah je :P
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete