Loneliness.

Adakah ini sejenis disorder atau apa? Aku selalu rasa sorang-sorang dalam apa jua ketika. Lagi-lagi bila dengan Sastros. Like now, we are having a website project. K, ada 2 laptop. Kitorang ada berempat. Tapi aku guna laptop sengsorang. Dan lagi 3 tu dengan laptop Zati. Aku perasan Qila dok bersempit kat situ tapi tak terfikir ke diorang nak senangkan keje dengan bahagi satu laptop 2 orang? K, cuba rasional.

Mungkin mereka tak mendekati aku sebab aku tak ajak. Mungkin kerana laptop aku kecik. Mungkin kerana hari ni aku busuk. Mungkin kerana aku memang sukar didekati. Mungkin mereka memang tak pernah suka satu group dengan aku. Mungkin kerana aku terlalu garang. Mungkin kerana diorang takut kena marah kena maki dengan aku bila diorang buat silap. Mungkin kerana aku memang annoying.

Wow, I listed so many possibilties 0.0 I am having a disorder. Tapi disorder apakah ini? Dan apa yang sebenarnya perlu aku lakukan?

Mungkin aku patut hempas laptop ni. Mungkin aku patut burst dan jerit-jerit memaki. Mungkin aku patut bersuara buat ayat tacing. Mungkin aku patut bangun dan blah dari sini. Mungkin aku patut bangun dan cari angin. Mungkin aku patut stay still dan pandang diorang sorang-sorang. Atau paling tepat sekali aku cakap je tak puas hati aku ni pada diorang.

Tapi nanti kalau aku cakap yang sebenarnya, apa reaksi diorang?

Mungkin Sastros akan berkubur. Mungkin Sastros akan bergaduh. Mungkin diorang akan minta maaf tapi pastu rasa bengkek dengan aku. Mungkin ni akan jadi kali terakhir diorang bekerja dengan aku. Mungkin diorang akan rasa aku melawak. Mungkin diorang tak kisah dan peduli pun perasaan aku. Mungkin diorang akan benci aku pasni. Mungkin diorang akan bangun dan blah dari sini. Mungkin diorang akan rasa benda ni remeh temeh and I'm a crybaby. Mungkin diorang akan bunuh aku / isolate aku supaya pasni nak ke mana-mana boleh bertiga je takyah berempat takyah susah-susah nak ajak aku.

Ma, Abah, Ani, Adik, nak balik. Rinduuu.

Comments

  1. kau jangan macam ni bro. aku pun macam lonely sometimes. sebab aku ni suka naik angin kot. semua benda doesn't make sense to me anymore

    ReplyDelete

Post a Comment

say nice things :)