#1 100 Days of Happiness – Al-Insaan
Hai! Ha sape ingat ada org tu kan dia kan janji nak
update blog HARI-HARI starting October pastu org tu kan dia kan rasa nyesal
pulak tercakap cemtu sebab October adalah bulan sibuk sebab assignment
bertimbun pastu dah nak final. Keh keh keh.
K takpe. Akan diteruskan juga projek ni. 100 days of
happiness sebab aku ni tak berapa appreciate sangat bila happy ko tahu tak
pastu bila time sedih mula la rasa “awaa saiaa ta kuadd kenapa saiaa taaa
pernah eppyewzz” padahal selalu je Allah bagi rasa happy tu cuma lupa. Fitrah
lewz zatyzatyzaty pelupa pastu tak bersyukur astaghfirullah.
Jadi hari ni hmm sebenarnya tak happy. Dia macam agak bad
day sebab bangun pukul 9:10 pagi padahal kelas pukul 10 blergh. Dah terlepas
Subuh dah kat situ. Pastu mathurat pun lupa nak baca. Pastu kelas Akaun pulak
lecturer bagi tutorial yg kena hantar hari tu jugak so end up keluar g pusat
Islam nak dekat pukul 1 so terlepas Dhuha jugak boohoo :’(
Tapi akhirnya daku mengecapi kegembiraan di hujung hari
dengan… usrah. Tah, usrah malam ni dia rasa… lain. Dia rasa… sesuatu. Banyak la
jugak skop perbincangan malam ni tapi yang aku nak highlight sekarang is from
Surah Al-Insaan. Okay, aku sebenarnya tengah serabut sebab ada la satu personal
problem aku tengah hadapi. Dia macam huish takde jalan penyelesaian langsung.
LANGSUNG. Pastu bercanggah dengan pegangan agama bagai (aku bukan nak tukar
agama k aku cepuk ko kang).
Then tadi kitorang tilawah surah Al-Insaan tu then baca
tafsir. Ayat ke-2 which reads “Verily, We have created man from Nutfah (drops)
of mixed semen, in order to try him: so We made him hearer and seer.” Senang
kata Allah bagi ujian ni sebab tu tujuan kita diciptakan. Geddit? Tapi bukan
Allah tak bagi solution tak bagi guideline. Allah bagi Islam as the way of
life, bagi Prophet sebagai contoh ikutan, bagi Quran sebagai manual hidup. Then
elaborated, ujian tu diberikan sebab Allah jadikan kita ni boleh melihat, boleh
mendengar. Means Allah bagi kudrat. Dah tu apa sebab takleh nak lalui ujian tu?
Ayat ke-12: “And their recompense shall be Paradise, and
silken garments, because they were patient”. Nah! Terang-terang Allah bagi cara
tu ha nak lalui hidup: Sabar. Tu je kunci bagi segala masalah. Sabar. Sebab
pastu dengan sabar tu je, SABAR sahaja, Allah bagi macam-macam ganjaran. Tapi
ko jangan salah paham k. Sabar bukan terima je bulat-bulat takde usaha. Like
kau fail test pastu kau sabar je redha je kau bodoh bukan nak revise ke hape.
Sabar tu sekali dengan usaha. Sebab Allah nak tengok usaha je. Dah. Natijah
camne pun Allah tak nak tengok. Sebab nikmat tu Dia jugak yang bagi. Kalau dia
tak bagi rn pun, kalau kau tahu kau dah sabar dah usaha untuk benda yang baik,
ada la balasan kat Syurga. Dan kalau dah dapat Syurga, bendalah lain kau dah
tak nak dah :’)
Pastu ha ni benda yang aku paling suka sekali bila akak
naqibah aku mention: “Awak buat benda baik apa pun, semua tu untuk awak. Bukan
untuk orang lain. Awak buat baik, Syurga tu untuk awak. Semua benda baik yang
kita buat ni akan balik semula pada kita.” KAN? Kengkadang kita rasa malas
sebab tak nak please org tu la apa la padahal semua, I repeat, SEMUA benda baik
kau buat untuk sape pun sebenarnya untuk kita. Gitu.
So gitu la aku happy. Mih mih mih. Sebab semua ujian tu
ada je jalan penyelesaian dia. Tinggal nak cari dengan cari je. Kalau tak
jumpa, at least aku dah usaha. Dan tak give up. Dan terus sabar sebab ada
Syurga nanti :)
Dah bye nak tido zzz
Comments
Post a Comment
say nice things :)