#3 100 Days of Happiness – Of #BOCO12 & #BukuJalananTIGA



(nak tulis tanpa capitalization. sebab sukati aku.)

jadi hariku dimulai pada waktu pagi dengan tergesa-gesa bersiap sebab dah lambat nak g usrah. hmm pasal usrah ni pun ada masalah gak aku dgn usrahmate haish. nnt aku cerita k? *says zaty to her imaginary readers* lepas usrah kat taman tasik shah alam, aku, hani, zatijun jalan kaki g pas-sacc mall menunggu ziha nak g boco sesame. ha cool tak cool g pasar seni dari shah alam naik bas je *peluk tubuh tunjuk bisep yang takde*

hmm tak tahu nak cakap cemane boco ni. tema dia sabtu ungu so gigih uolss hakak cari baju warna pepel sebab nak bertema bagai. well, tbh i enjoyed the whole environment, atmosphere semua la. tapi maybe sebab kengkawan aku tak layan sangat bendalah persembahan puisi ni so dia jadi hambar. but seriyes, aku suka. lagipun mmg dah niat (is it even the intended word lol idk) before fly nak g boco. sementara tak sampai sejam je pun kat situ sempat la tengok persembahan agi dan jamal raslan. those performances did give me goosebumps, i tell you.

then, patah balik shah alam and had an early dinner. omaigod, teapot deli!!! you make me fall in love with your lasagna pulak eish! pastu rush pergi… the venopian solitude solo act for buku jalanan’s third anniversary! wehhhh best gila boleh dakkk! okay mungkin ini adalah antara first times g tengok live performance of retis yang dikenali sebab tu excited. tapi seriyes best gilaaa! it was nice. people clapping and singing along. ada sorg mamat tu aku rasa dia dah high ke hape siap menari joget melayu to the songs. paling best sebab my fav song of hers, pelacur muzik dia perform!!!

and i tell you she’s so peramah and humble! i said to her “can i hug you?” pastu she was like pelik eh tapi “oh ya sure even tho idk what hugging can do”. then i hugged her lightly and she went “eh nak peluk kena cemni” and embraced me tighter and ended it with “ha baru sedap peluk”. ya allah!!! so comel! 


ok title tu mcm kena tukar je sebab i didn't take full attention to buku jalanan punya anniversary tu. but from my bare observation, it was hmm cool? sebab ada pasar percuma, cerita pendek terpanjang, dapur jalanan, forum, tayangan filem dan banyak lagi kot. sorry i wanna enjoy it tapi persembahan tvs pun habis dah nak dekat maghrib :(

jadi begitulah pengalaman saya pada hari ini. hmm tah la kena fikir balik betul ke ni nak teruskan tulis puisi nak buat muzik bagai. am developing a firmer stand on those dreams. dah la baru ni lepaskan peluang join kontes cerpen lejen press. it was themed kopi k kopi like woi zaty tu kan pebret drink ko kenapaaaa?! sebenarnya dah ada idea tapi hmm malas pastu insecure boleh menang ke ni so perap je dalam kepala hotak. hmm kbai nak nangis sengsorang kerana terlalu pengecut dan tiada keyakinan diri yang tinggi.

Comments

Post a Comment

say nice things :)