Cinta Sejati

Percayakah kau pada cinta sejati?
Pernahkah kau merasa hadirnya?
Tahukah kau apa erti cinta?

Mendapatkannya penuh kesabaran
Kau kan ditimpa pelbagai halangan
Diselangi kesukaran dan ketidaksanggupan
Bisakah hatinya kau tawan?

Dapatkah kalian bertahan?
Terlaksanakah segala ujian?
Apa kau rasa erti cinta dengannya?

Bosankah dengan karenahnya?
Pilihanmu tinggal dua
Curang atau tetap setia?
Hati siapa kan terluka akhirnya?

Jangan kau berakhir sebelum bermula
Erti cinta takkan kau tahu
Bahagia dan gembira takkan kau rasa

Maka wahai pencari cinta
Percayakah kau pada cinta sejati?

Masih mencari cinta,
Zaty.

Comments

  1. budakkk.
    PMR lah. lepas PMR boleh fikir cari cinta eh. sekarang fikir cemana nak score straight A's ;')
    wish youu luck babyyy.

    ReplyDelete
  2. takde maknanye. puisi semata-mata. i hate love eh ke i love hate ntah.

    ReplyDelete

Post a Comment

say nice things :)