Lewat, maafkan saya.

Due to fever, entry ini lambat ditulis. Waa rasa macam baru jek sihat dan meneroka SO Sabtu lepas, mengapa sakit lagi? Terima kasih, bapak. Ya, bapak lah pembawa virus ini tapi dia lagi best sebab kena tahan kat hospital 3 hari dan dapat bronchitis sebagai pakej pelengkap T_T

Birthday girl.

Semalam, 18th Oct, birthday Ain, yeay! Tapi minah ni gedik, malas datang sekolah nak jugak rasa ponteng sekolah tu best ke tidak, makanya no celebration. Minah yang tulis entry ni pulak, lupa beli hadiah padahal kat SO dari pukul 12 sampai 5 lebih. Apa kau buat, perempuan selain karok, tengok wayang dan jatuh cinta?! Eh jatuh cinta? *wink

Dan, oleh sebab bukan oleh kerana, lihat, pesanan Cikgu Ruzina setiap kali ujian tatabahasa sudah melekat di memori kepala hotak saya, sila bangga, cikgu -.- Eh where was I? Oh ya, since surat offer UKM tu Cikgu Shahrizad lambat sampaikan selama 5 days ++, Ain pulak jenis yang malas merayu, so kira offer tu kira decline mcm tu jek.

Jadi untuk mengekalkan kemesraan dan kerapatan dan kekimiaan (baca : chemistry) yang ada antara kami, semuanya terpulang pada keputusan SBP kami. Kalau dapat sama lagi masa Form 1 dulu kat TIGS dan sama-sama berganding bahu berhijrah ke Seri Medan, pergi kot. Kalau dapat lain-lain, jawabnya tak pergi lah ye.

Gedik bukan kami? Sungguh ==

p/s: Saya dah pandai jatuh cinta sekarang. *blush

Comments

Post a Comment

say nice things :)