Ya, saya dah kerja.

Oh ya, aku ikut Abah pergi kerja dan sekarang ni aku adalah kerani tak rasmi tak bertauliah Abah. Dan kerja aku cuma menaip dokumen dan segala urusan yg berkaitan dgn perkeranian. Dan kadang-kadang aku tolong kira duit jugak. Best jugak, I mean part kira duit tu lah lol. Sebab saya budak Akaun yg dah mula nak benci Akaun tapi bila pegang duit ribu-riban, rasa mcm best pulak kalau jadi Akauntan kira duit org yg super banyak, dah lah gaji pun banyak. Oh aku yg bermimpi tinggi serta bermata duitan T______________T Eh salah, $_________________$ *Ka-ching!

Okay, gua takyah kecoh lebih. Apabila bekerja dengan bapak sendiri di mana gua bebas melakukan apa sahaja dan lokasi pekerjaan itu adalah di sebuah mini market, bayangkan. Ada air-cond yg Abah akan start turn on dgn 16 degree dan aku naikkan jadi 24 sbb aku tak tahan sejuk. Lepas tu Abah bengang dan terus turn off air-cond. Lps tu aku dah lah sumbat telinga dgn earphones, arahan Abah aku dengar samar-samar. Baru sehari tuu ==

Dan dengan itu, dengan segala bangganya aku pun post lah status kat FB serta tweet kat Formspring lol kat Twitter lah pasal betapa kecohnya aku dah start kerja dengan memakai baju Petronas. Tapi telah disalah anggap oleh semua orang;

Oh lihat di situ betapa epic fail-nya peng-coveran aku dengan cara yg paling poyo sekali. If Mr. Defender see this, dia pasti akan berbangga dengan anak didiknya ini yg telah berjaya menjadikan diri sendiri poyo setaraf dirinya LOL

Oh dan yg ini gua tatau nak comment apa. Sila follow kami? LOL

Ya, ini mungkin pengajaran buat saya. Kau baru kerja sehari, kau takyah nak kecoh lah kan. Lepas tu sume org ingat kau kerja kat Petronas sbb penggunaan kata yg salah di situ. Malu Cikgu Rafizul ajar kau BM selama ni. Tapi aku dpt gak BM A *monolog dalaman.

Jap jap nak gedik sikit. Lepas post status sebegitu, Mr. Defender terus text tanya; Kerja apa hari ni sehh? Kau tengok, dia care! Tapi dia tak tunjuk publicly kat FB maka dia text. Okay, geli. Dan seterusnya dia tanya lagi; Jadi tukang isi minyak ke? Salah faham lagiii T_____________T Muka aku ni ada muka pump attendant ke? Dan bagaimanakah baju Petronas yg telah saya gembar-gemburkan tersebut? Ya, seperti di bawah;

Gambar first dan last menunjukkan Nur Musfirah Izzati yg ayu lagi anggun ni tak layak jadi pump attendant. Customer mungkin akan lari. FAIL T_______________________T

p/s: HAPPY 16TH BIRTHDAY, ALISHA! :)

Comments